SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

05 Mei 2009

PROFAIL SEKOLAH

LOKASI SEKOLAH (sila click)

PROFAIL SEKOLAH

1. Sekolah Agama Taman Sayong Pinang adalah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor yang dibuka dengan rasminya pada 4 Januari 1997.
2. Terletak di kawasan Kejora Bandar Tenggara (Sila Click Koordinasi diatas) dimana pengajaran dan pembelajaran (p&p) dijalankan disekolah gunasama iaitu SK Bandar Tenggara 2 yang terletak kira-kira 200 meter dari sekolah agama sekarang.
4. Penubuhan sekolah ini atas usaha sama guru-guru,penduduk Taman Sayong Pinang dan penduduk Taman Sayong Indah.
5. Penubuhan sekolah ini juga hasil kerjasama dan bantuan daripada JPNJ,PPD Kulaijaya dan Guru Besar SK Bandar Tenggara 2 serta Badan Kebajikan SATSP.
6. Pihak JPNJ dengan jasabaiknya telah sudi memberi kebenaran menggunakan lima bilik darjah untuk dijadikan tempat pengajaran dan pembelajaran (p&p) sebagaimana surat pekeliling ( surat kebenaran bil.JPNJ/SPS/SR/023(69) ).
7. Pada tahun 1997, 3 orang guru telah berkhidmat disekolah ini, iaitu; Ustaz Fathorrahman bin Ngadimin (AY), Ustazah Endok Ummin binti Mohd.Noor dan Ustazah Latifah binti Solyaman.
8. Pada mulanya terdapat 9 aliran darjah dari darjah 1 hingga 4 dengan murid seramai 267 orang.
9. Tahun 1999, jumlah guru bertambah seramai 8 orang dan terdapat 18 aliran darjah dari darjah 1 hingga 6 dengan murid seramai 502 orang.
10. Gabungan usahasama pihak sekolah, AJK Badan Kebajikan SATSP (Pengerusi - En.Othman bin Taib 1997-1999) PIBG SKBT2 dan PPAD Daerah Kota Tinggi (Tuan Hj.Lugiman bin Sastero) dan dengan peruntukan Kerajaan Negeri Johor berjumlah RM 1.5 Juta, maka bermulalah projek pembinaannya dijalankan pada tahun 1997 hingga 1999.
11. Pada bulan Julai 1999,bangunan tiga tingkat yang tersergam indah telah siap dibena dan dalam proses penyerahan. dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) dengan seliaan JAIJ (bhg.Pendidikan).
12. Jam 2.30 petang (Khamis) 5 Ogos 1999 telah diadakan majlis penyerahan kunci bangunan secara rasminya oleh PKENJ kepada JAIJ dan pihak sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan