Bersih
Tidak berbau busuk
Kebersihan dinding
Penjimatan penggunaan air
Peralatan yang baik
Bersih bermaksud tiada contengan, tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang, tidak berhabuk/berdebu, tidak berbau busuk, sentiasa dinyahkuman, dan mengekalkan warna asal.
Menawan pula bermaksud ceria, dihias dengan bunga , dipenuhi mutiara kata, gambar, taman mini (tumbuhan menghijau), dinding yang berkonsepkan Tandas Dalam Taman.
Sementara Wangi pula pula bermaksud tiada bau busuk, berbau wangi, pengguna berasa selesa menggunakan tandas.
1.Melaksanakan penjagaan tandas secara maksima dan rapi.
2.Mendisiplinkan pelajar peri pentingnya menjaga kebersihan tandas.
3.Tandas bersih, pakaian bersih, solat sah.
4.Penerangan dan peringatan dari masa kesemasa setiap kali perhimpunan
5.Pelajar mengadakan gotong royong bersama guru.
6 Menghias dan memasang papan tanda , jangan conteng dinding.
7.Memastikan peralatan kebersihan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan
8.Mengadakan sambutan hari tandas sedunia setiap 18 Januari, pertandingan mewarna dan mencipta moto tandas ceria.
9.Menghafaz doa masuk dan keluar tandas
10.Melaksanakan adab sebelum, sedang dan selepas qada' hajat.