SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

15 Januari 2010

29 Muharram 1431

SATSP Minggu kedua persekolahan, kami dah mula buat program, mengambil sempena hari-hari terakhir bulan Muharram, masih dalam tahun baru Hijrah dan tahun baru Masehi 2010.
Sambutan Maal Hijrah,mengambil pengertian sejarah silam dizaman para Ania' menyimpul kisah teladan sepanjang zaman. Allah mencipta seisi alam dalam bulan ini khususnya pada tanggal 10 Muharram. Nabi Adam bapa segala manusia juga diampunkan Allah atas kesilapan yang pernah dilakukan termakan pujukan Iblis Laknatullah memakan buah larangan. Noh Alaihis Salam terselamat dari bah besar memusnahkan alam dan manusia yang ingkar perintah Allah juga pada tarikh yang sama.
Turut berlaku dikemudiannya Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari buruan Firaun dan tenteranya setelah menyeberangi Laut Merah. Sebagai tanda bersyukur orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram ( Hari Asura'). Nabi SAW turut berpuasa pada tarikh tersebut sebagai tanda bahawa islam juga turut berhak dalam merasai kesyukuran atas terselamatnya pesuruh Allah yang 'Ulil Azmi dari bahaya musuhnya dan musuh Allah. Baginda mengalakkan umatnya berpuasa sunat, tetapi setelah kefarduan puasa Ramadhan terserah kepada umatnya untuk melaksanakan puasa pada tarikh itu.
Sebagai membezakan amalan orang Yahudi dengan Islam, Nabi menambah sehari sebelumnya yaitu pada 9 muharram ( hari Tasyua') melakukan ibadah puasa. Bagi mereka yang tidak dapat melaksanakan puasa pada 9 Muharram boleh diganti dengan hari kesebelasnya sebagaimana pendapat imam Syafie.
Amalan memasak bubur Asura' tiada nas tentang keharusannya. Tiada hadith tentang amalan tersebut ada kaitan tentang sejarah Nabi Allah Noh AS. Tidak boleh dikaitkan tenteng peristiwa kekurangan makanan selepas banjir besar tersebut. Apa yang perlu kita niatkan ialah untuk tujuan sedekah dan amal kebajikan menjamu sesaorang. Bubur dengan campuran yang sama dan kaedah memasak yang sama berlainan nama apabila disediakan pada masa yang berbeza. Lambuk bila dimasak dibulan Ramadhan dan bubur 'Asura bila dimasak pada bulan Muharram.
Kami buat untuk tukar-tukar menu jamuan ,murid bawa bahan mentah secara gotong royong dan memudahkan penyediaan, semua bahan-bahan dalam satu periuk, enak dimakan sekali sekala.....

ANTARA GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI TERSEBUT......

Klik gambar untuk besarkan..