SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

19 Jun 2009

BADAN KEBAJIKAN SATSP



NOTIS MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN
DAN
ANUGERAH CEMERLANG 2008
SEKOLAH AGAMA TAMAN SAYONG PINANG
AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

TARIKH : 20 JUN 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH AGAMA TAMAN SAYONG PINANG .

DIRASMIKAN OLEH:
YANG BERHORMAT DATO' HJ.BADERI BIN HJ.DASUKI
(ADUN PANTI)

<><><><>

IBU BAPA / PENJAGA DIJEMPUT HADIR BAGI SAMA-SAMA MERAIKAN ANAK-ANAK MENERIMA HADIAH PENGHARGAAN ATAS KEJAYAANNYA DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008.


SEMPENA DENGAN MESYUARAT AGUNG JUGA DIHARAPKAN IBU BAPA / PENJAGA DAPAT MENGEMUKAKAN PANDANGAN DAN SARANAN YANG BAIK UNTUK KEPENTINGAN PENDIDIKAN DAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK.

TERIMA KASIH.
Setiausaha Badan Kebajikan SATSP.



Sabtu 20 Jun 2009 -Majlis Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang dan penyampaian anugerah cemerlang pelajar telah diadakan dalam suasana meriah. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhotmat Dato' Hj.Baderi Bin Hj.Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri Panti dan Puan Hjh.Norizah binti Hj.Sayati selaku wakil rasmi Tuan Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi.
Dalam ucapan perasmiannya, antara lain beliau mengingatkan ibu bapa supaya dapat mengawal anak-anak supaya sentiasa waspada terhadap ancaman-ancaman sama ada dari luar mahu pun dari dalam yang boleh mengugat keimanan dan merosakkan akhlak dan akidah anak-anak. Mesyuarat agung seperti ini adalah medan paling baik untuk mencari jalan cara yang terbaik meningkatkan pengetahuan agama terhadap anak-anak dan mengatasi masalah disiplin yang kian pudar dikalangan mereka. Sesuai dengan Gagasan satu Malaysia yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, anak-anak perlu menjadi muslim yang berpandukan dua sumber hukum iaitu Al-Quran dan Al-Hadith serta bersikap sederhana dalam segala hal demi mengekalkan keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.
Tambah beliau, "Kerajaan Negeri Johor telah mengeluarkan peruntukan yang kedua terbesar selepas JKR khusus untuk memastikan pendidikan agama dikalangan anak-anak dinegeri ini dapat diperolehi. Oleh itu gunakanlah kesempatan yang ada ini agar anak-anak kita menjadi seorang warga negara yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai iman yang mantap dan kukuh", katanya.
Dalam ucapan perasmian tersebut beliau juga meluluskan peruntukan RM 5,000.00 untuk membaiki kerosakan garaj sekolah.
* Bagi pihak sekolah dan Badan Kebajikan SATSP mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Hj.Baderi yang sudi hadir dan menyalurkan peruntukan tersebut.

YB Datuk Hj.Baderi Dasuki sedang menyampaikan cenderamata kepada pelajar yang berjaya pada Majlis Anugerah Cemerlang.



Kehadiran ibu bapa



Peraturan-Peraturan Badan Kebajikan
Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor 2003

SENARAI JAWATANKUASA SESSI 2008 HINGGA 2010

1.PENGERUSI -EN. ROSLI BIN SAPUN -017-7754583
2.NAIB PENGERUSI -EN.ROSMAN BIN IDERIS
3.SETIAUSAHA -USTAZ HJ.ALIAS BIN HARON -019-7737014
4.PENOLONG SETIAUSAHA -USTAZAH NORIDAYU BINTI ISHAK -013-7107685
5.BENDAHARI -USTAZAH ROHANI BINTI PAIRUK -019-7712991
6.EN.KAMSAN BIN KEMAN -013-7017618
7.EN.IBRAHIM BIN KASWETHI -07-8962975
8.EN.MOHD.FAUZIE BIN AHMAD -013-7510870
9.EN.KAMARUDIN BIN MANSOR -013-72226325
10.EN.SAIFUL BAHAR BIN MOHD.YUNUS -013-7738237
11.TN.HJ.MOHD.NOOR BIN HJ.SIDEK -019-7304151
12.EN.MAAMAT BIN NOORPAN -019-7202966
13.EN.RAJUAN BIN GEOH
14.EN.AHMAD BIN SAIAN
15. EN.FITRI ZAKUAN TAN BIN ABDULLAH
16. PN.NORLIZA BINTI SEHAT -07-8965417
17.PN.ZAHARAH BINTI MOHAMMAD -07-8963929
18.PN.SARIMAH BINTI ABD.RAHMAN -013-7679313
19.PN.SURIYANI BINTI MOHD.AMIR -07-896391120 PN.ROSIAH BINTI OTHMAN