SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

14 Jun 2009

MOTIVASI SDKA 2009


13 Jun 2009 (Sabtu), Jawatankuasa Korikulum SATSP telah mengadakan Kursus Motivasi Calon SDKA 2009. Seramai 98 pelajar telah mengikuti kursus tersebut. Motivasi tersebut bertujuan menanam minat pelajar tentang kaedah sebenar belajar, mengulangkaji pelajaran, kaedah memaham dan mengingati pelajaran. Diterangkan juga persiapan yang sepatutnya dilakukan calon bagi menghadapi sebarang peperiksaan khususnya peperiksaan SDKA.

Antara penceramah yang diundang ialah Cik Nursyahira bte Hj.Alias, Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah UDM, Terengganu dan Ustazah Rupinah binti Hj.Yahya, Guru Agama Kreatif 2008 sempena Hari Guru Agama Daerah Kota Tinggi.

Dalam ucapannya Guru Besar Ustaz Hj.Alias bin Haron mengingatkan pelajar supaya dapat mengekalkan disiplin setiap masa supaya kita kelak menjadi umat islam yang berkualiti, berguna pada diri serta bermanfaat kepada manusia yang lain dan alam. Melibatkan diri dalam apa jua larangan Allah juga merupakan jenayah yang amat besar, akan menghancurkan diri sendiri serta mengelapkan kehidupan kita didunia dan akhirat. Majlis berakhir jam 2.00 petang.


Cik Nursyahira binti Hj.Alias sedang

menyampaikan ceramahnya dengan tajuk

Pembelajaran BerkesanSebahagian pelajar sedang khusyuk mengikuti ceramah

Ceramah Ustazah Rupinah turut memukau para peserta