SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

20 November 2009

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH


(1)Kawasan sekolah adalah kawasan larangan.Orang awam tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
(2)Jurujual atau wakil daripada syarikat-syarikat perniagaan tidak dibenarkan masuk berurusniaga dengan guru-guru dan murid-murid tanpa kebenaran.
(3)Peniaga-peniaga tidak dibenarkan berniaga di tepi-tepi kawasan sekolah.Murid-murid yang berurusniaga dengan peniaga-peniaga tersebut boleh diambil tindakan displin.
(4)Ibu/Bapa/Penjaga murid dan orang awam yang hendak berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid ,dikehendaki meminta kebenaran daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 terlebih dahulu.
(5)Ibu/Bapa/Penjaga murid dan orang awam yang hendak berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid,dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
(6)Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada guru-guru semasa sesi persekolahan.
(7)Murid-murid dilarang sama sekali membawa dan memakan makanan ringan yang mempunyai pembalut ,seperti gula-gula, keropok, kuaci dan lain-lain yang menyebabkan sampah.
(7)Elakkan diri anda daripada bergaduh,membuli,mencuri dan melakukan jenayah. Pesalah boleh dikenakan tindakan disiplin.

Semuga dapat diberikan kerjasama dan dipatuhi untuk keselesaan bersama, terima kasih.

Dengan perintah Guru Besar Sekolah Agama Taman Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor.




---------------------------------------------------------






LOGO SATU MALAYSIA


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.