SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

26 Mei 2009

LAWATAN KE MELAKA





24 Mei 2009 ( Ahad ).Jawatankuasa kokurikulum yang diketuai oleh Ustazah Rashidah binti Kamsin telah menjayakan aktivitinya iaitu lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Seramai 80 orang peserta rombongan yang terdiri dari pelajar SATSP termasuk lima guru mengikuti lawatan tersebut. Sebanyak dua buah bas disewa khas bagi tujuan tersebut.Turut mengikuti lawatan tersebut ialah Guru Besar Ustaz Hj.Alias bin Hj.Haron. Antara tempat-tempat dilawati iaitu Muzium Lebah, Mini Malaysia, Zoo Melaka, Masjid Selat Melaka, Dataran Pahlawan, Muzium Samudera dan lain-lain. Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan pelajar tempat-tempat bersejarah dalam negara, melatih pelajar dalam kerja berkumpulan dan mempraktikkan solat qasar dan jama' semasa bermusafir.