SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

21 Jun 2009



SEK.AGAMA TSP JOHAN KESELURUHAN
TILAWAH PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI.

Isnin 13 Julai 2009.Sekolah Agama Bandar Tenggara 1 dan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang menjadi tuan rumah bersama Majlis Perujian Membaca Alquran Murid-Murid Sekolah Agama Daerah Kota Tinggi. Sejumlah 45 daripada 70 buah sekolah agama Daerah Kota Tinggi telah menghantar wakil, sebanyak 23 acara telahdipertandingkan yang melibatkan penyertaan pelajar seramai 92 orang. Antara acara yang dipertandingkan ialah bahagian Alqurqn, Barzanji, Tafsir Ayat, Azan Iqamah, Seni Khat dan Kuiz.

Sekolah Agama Taman Kota Jaya menghantar peserta seramai 7 orang, Sekolah Agama Taman Sayong Pinang, Sekolah Agama Felda Air Tawar 2 dan Sekolah Agama Sungai Kapal masing-masing menghantar 5 peserta. Johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah ke perujian peringkat negeri yang juga akan diadakan di Bandar Kota Tinggi pada 10 dan 11 Ogos ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor Tuan Haji Suliman bin Haji Dumang.Dalam ucapan perasmiannya yang diadakan di Dewan Kejora,Bandar Tenggara, Kulaijaya, beliau berkata “ciri-ciri 5 M perlu ada pada setiap guru iaitu, Mu’allim, Murabbi, Mudarris, Muaddib dan Mursyid bagi memastikan aspirasi pendidikan agama kepada anak-anak tercapai .Guru-guru juga perlu merancang sesuatu yang terbaik untuk memperolehi sesuatu yang terbaik. Justru itu para guru perlu berusaha menambah dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa kerana guru yang berkualiti merupakan satu keutamaan untuk membina agama,bangsa dan negara”.

Sekolah Agama Taman Sayong Pinang yang mewakili zon 1 telah merangkul johan keseluruhan tilawah dimana 4 orang peserta telah menjadi johan dalam bahagian Alquran putera tahap dua, Mohd.Afnan bin Hima darjah 6, bahagian tahfiz, Mohd. Faiq Iqram bin Mohd Noor darjah 6, sementara adik Nurul Hikmah binti Abd.Rahman darjah 5 dan Siti Norhasnizah binti Abd.Latif darjah 3 , johan acara tafsir ayat dan bercerita.

Dalam majlis sama Tuan Haji Ahmad Dhiauddin bin Haji Salimin,Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi, mengingatkan peserta yang menjadi johan dan akan mewakili Daerah Kota Tinggi perlu berusaha gigih dan perbaiki kelemahan agar kejayaan peserta Kota Tinggi di peringkat Negeri Johor dapat diulang kembali sebagaimana tahun 2007 yang lalu.






Hari Suatemu Ibubapa dan Guru Meriah

SATSP . Sabtu 27 Jun 2009. Sebagaimana biasa sebaik sahaja tamatnya peperiksaan setengah tahun, pihak sekolah mula merancang untuk mengadakan sesi pertemuan dengan ibubapa bertujuan melihat dan membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak sepanjang setengah tahun.

Tarikh yang ditetapkan merupakan persekolahan ganti hari raya dan bertepatan dengan program yang juga diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tenggara 2.Pertemuan empat mata antara guru dan ibubapa semata-mata bertujuan untuk membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak disekolah. Suatemu yang diadakan adalah bagi menilai tahap pencapaian peperiksaan setengah tahun pelajar-pelajar, tumpuan pelajar semasa belajardan masalah disiplin jika ada.

Pertemuan mesra yang diadakan setiap tahun ini selain kenal mengenal antara ibubapa dan warga sekolah, ia juga dapat mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi ibubapa dan guru serta mencari jalan penyelesaian terbaik demi masa depan pelajar.
Ibubapa yang hadir memberikan pandangan yang sama betapa pentingnya ilmu agama terhadap anak-anak, mereka pewaris agama dimasa depan, tanpanya mereka pastinya akan hilang pedoman, mudah terlibat dengan gejala negatif dan akhirnya tidak menjadi anak Solleh yang dapat mendoakannya apabila mereka telah meninggal dunia.

Ibubapa juga dapat berinteraksi dengan guru bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang peribadi pelajar dirumah dan semasa berada disekolah. Sesi suatemu ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.
Segala pandangan dan cadangan yang baik dari kedua pihak semestinya menjadi titik tolak kepada guru-guru untuk berusaha lebih gigih mendidik anak-anak agar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat..........Guru Besar.




HARI SUATEMU SATSP 2009





Zawa Hello Ramadhan