SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

19 November 2009

Jamuan Pengawas/Anugerah Cemerlang


SATSP 16 November 09. Menyedari akan pengorbanan, jasa dan kometmen para pengawas, pihak sekolah menganjurkan majlis tiga dalam satu, iaitu jamuan pengawas, hari keluarga dan majlis perpisahan guru. Majlis yang diadakan jam 8.30 malam itu juga turut disertai oleh ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah sebaik sahaja selesai bermesyuarat bagi pembentngan bajet tahun 2010. Bermacam juadah disajikan pada malam tersebut diantaranya BBQ kambing dan ayam, nasi goreng, kuih muih buah-buahan dan aneka minuman.
Sebelum memulakan jamuan, majlis turut mengucapkan selamat berpisah kepada Ustazah Hjh Lilah binti Hj.Hassan yang menamatkan tugsnya sebagai tenaga pengajar sejak awal tahun ini.
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pengawas kerana turut sama membantu membuat persiapan , kepada guru-guru dan keluarga yang menyiapkan juadah dan seluruh jawatankuasa badan kebajikan yang juga hadir bersama keluarga.

SATSP 18 November 09. Seramai 400 orang ibubapa termasuk pelajar telah memenuhi dewan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang, Kulai bagi meraikan pelajar yang berjaya memperolehi tempat pertama, kedua, ketiga dan terbaik mata pelajaran teras bagi darjah satu hingga lima. Majlis Anugerah Cemerlang yang dirasmikan oleh Tuan Hj.Ahmad Dhiauddin bin Hj. Salimin, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kita Tinggi itu mendapat sambutan diluar dugaan oleh ibu bapa kerana julung-julung kalinya diadakan pada waktu malam dan diadakan sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir tahun.

Kesungguhan dan kometmen ibubapa terhadap kejayaan anak-anak amat wajar, mereka perlu diberikan sokongan yang beterusan agar anak-anak sedar yang mereka sentiasa dihargai dan sedang dikasihi. Kejayaan mereka bukan kejayaan sekolah,tetapi kejayaan bersama.

Beliau mengucapkan syabas dan "CAPJEMPOL" kepada guru-guru serta badan kebajikan kerana dapat mengadakan majlis sebegini .Walaupun mempunyai jumlah pelajar antara yang paling ramai, namun dengan perancangan rapi dan usaha guru-guru menyiapkan keputusan peperiksan akhirnya anugerah kecemerlangan dapat disampaikan dengan seawal mungkin. Penjagaan kebersihan dan keselamatan sekolah merupakan agenda yang mesti diamalkan oleh seluruh warga sekolah agar suasana pembelajaran dapat berjalan lebih kondusif. Islam amat menitikberatkan amalan menjaga kebersihan sehiagga ia menjadi prasyarat kepada kesempurrnaan iman. Justru langkah drastik pihak sekolah mengawal kemasukan bahan yang menyebabkan sampah amat dialu-alukan .Perancangan Strategik terhadap hala tuju misi dan visi lebih tepat juga wajib dirancang oleh guru agar kelemahan pelajar dapat diatasi dengan lebih bersistematik.

Majlis berakhir jam 10.30malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan