SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

05 Mei 2009

LENCANA SEKOLAH


LOGO SEKOLAH




LENCANA SEKOLAH:

Lencana sekolah adalah hasil idea dan gubahan murid-murid.

BENTUK HEKSAGON:

Enam bucu yang merangkumi 6 Rukun Iman yang menjadi pegangan hidup serta pembentuk kerohanian dan emosi pelajar.

5 KUBAH MASJID:

Melambangkan ketaatan kepada Allah dengan mengamalkan 5 Rukun Islam dalam mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

BUKU:

Ilmu yang dituntut akan membentuk umat yang berilmu,beramal dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.Ia melambangkan Sekolah sebagai wadah untuk pelajar menimba pengetahuan dan sumber ilmu.

MOTTO:
Bererti menyelami satu tekad untuk meneroka ilmu pengetahuan yang seimbang untuk kejayaan dan amal bakti,seterusnya mencapai kebahagiaan yang hakiki.Ilmu merupakan cahaya yang menerangi kehidupan.

WARNA:

Warna biru melambangkan kesucian agama islam,warna kuning melambangkan ketaatan kepada Allah,Raja dan Negara.Warna hijau melambangkan keikhlasan dan kebaikan yang dilakukan dalam menjalankan tugas,mencapai kejayaan dan kecemerlangan dengan semangat dan niat yang suci.
PIAGAM PELANGGAN:
Kami Warga Sekolah Agama Taman Sayong Pinang :

1. Memastikan pendidikan Agama diberi segala formal kepada kanak-kanak Islam bagi melahirkan insane yang celik agama dalam tempoh 6 tahun di Sekolah Agama Taman Sayong Pinang.
2. Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan selewat-lewatnya sehari sebelum sesi awal persekolahan.
3. Memastikan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang beroperasi pada hari pertama di awal sesi persekolahan setiap tahun.
4. Memastikan perjalanan peperiksaan Sekolah Agama Taman Sayong Pinang dilaksanakan mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan.
5. Berkhidmat mengikut peraturan-peraturan kerajaan dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang telah ditetapkan.
6. Memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang baik kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Berusaha mengambil tindakan bagi setiap aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah aduan lengkap diterima.
8. Bersedia menerima pandangan dan teguran serta berusaha menambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan