SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

23 Januari 2010

KURSUS SYAHSIAH PENGAWAS 2010

Kursus Peningkatan Syahsiah dan kepimpinan Pengawas SATSP
Tarikh : 6 dan 7 Februari 2010
Tempat : Dewan SATSP

Seramai 106 orang pengawas SATSP telah mengikuti kursus syahsiah dan kepimpinan pengawas atau KSKP. Perkhemahan telah berlangsung dengan jayanya pada 6 dan 7 Februari lalu. Menurut penyelaras kursus Ustaz Muhamad Yusof bin Ahmad Fazil selaku guru koko,kursus tersebut diadakan bagi mendedahkan peserta kepada teknologi kepimpinan dan menyampaikan hasrat sekolah agar setiap pengawas melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta menjadikan setiap pelajar sentiasa berdisiplin.

Antara aktiviti sepanjang kursus tersebut ialah perkhemahan, ice breaking, LDK, ikrar dan penyampaian watikah pengawas. Peserta juga didedahkan dengan empat jenis kesalahan atau pelanggaran disiplin oleh pelajar dan boleh dikenakan tindakan. Kesalahan tersebut ialah berat, sederhana, ringan dan biasa. Penerangan dan ceramah tersebut disampaikan oleh Tuan Hj.Muhamad Zaini bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi seterusnya menyampaikan watikah perlantikan dan merasmikan KSKP.

Dalam tinjauan yang dibuat,keseluruhan pelajar dapat memberikan perhatian dan kerjasama dengan fasilitator BRS yang juga bekas pelajar sekolah ini. " kami sangat seronok walaupun penat, masakan cikgu juga sedap" kata Nurul Hikmah binti Abdul Rahman selaku ketua pengawas.

Bagi menjimatkan perbelanjaan dan menjaga keselamatan, pihak sekolah mengadakan kursus disekitar kawasan sekolah dengan dibantu oleh guru-guru dan AJK Badan Kebajikan.

upload oleh : Alias Haron

Tiada ulasan:

Catat Ulasan