SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

16 Mei 2009



SELAMAT HARI GURU

BUAT SEMUA WARGA GURU
Muat turun lirik dan lagu tema hari guru 2009



Guru dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam diamnya ada bijaksana.

V

" GURU PEMBENA NEGARA BANGSA "
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O

GURU

Setiap Katanya Dikaji
Setiap Langkahnya Di ikuti

SELAMAT HARI GURU 2009 " TERIMA KASIH CIKGU"

ingatlah wahai anak muridku.
amati pantun orang tua-tua dahulu
.................................................................

BERBURU DIPADANG DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI




UCAPAN PENGERUSI MAGA SEMPENA HARI GURU 2009

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, kita dilimpahi sihat walafiat ,dapat bertemu dalam satu majlis sambutan hari guru, yang dianjurkan oleh guru-guru agama Daerah Kota Tinggi, yang diadakan didewan orang ramai Felda Semenchu, Kota Tinggi .

Saya selaku pengerusi dan barisan jawatankuasa Maga dan seluruh warga kerja guru-guru agama daerah kota tinggi mengalu-alukan kehadiran dhif-dhif kehormat yang sudi hadir menerima undangan kami khususnya kepada ………………………….., begitu juga kepada dhif-dhif jemputan yang lain. Terima kasih daun keladi kerana sudi menunaikan undangan kami.

Setiap tahun, bertepatan tanggal 16 Mei, masyarakat Malaysia khasnya kaum guru merayakan sambutan Hari Guru. Tarikh 16 Mei dipilih bagi perayaan tersebut kerana memperingati tarikh penguatkuasaan Penyata Razak, iaitu Dasar Pendidikan Negara yang dilaksanakan bagi Persekutuan Tanah Melayu, sambutan tersebut yang berhasrat menyatukan pendidikan di sekolah bagi semua kaum di negara ini, yang berteraskan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Sambutan hari guru di setiap peringkat, samada diperingkat sekolah, daerah, negeri sehingga diperingkat kebangsaan sudah menjadi acara tahunan. Berbagai tema sambutan diutarakan setiap tahun, untuk mengenang jasa dan sumbangan guru kepada kesenambungan ilmu dan menjana masyarakat bermaruah.

Tema hari guru pada tahun ini ialah “ GURU PEMBENA NEGARA BANGSA “. Sasterawaan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang berkata ,bermula dengan didikan guru biasa lahirlah seorang perdana menteri yang berkuasa, seorang peguam yang menang bicara, seorang akitek membina bangunan menjulang tinggi diangkasa, seorang ulamak dengan fatwanya, seorang doktor yang dapat mengubati pesakitnya, seorang raja yang menaiki takhta, ianya bermula dengan seorang guru biasa.

Tema sambutan hari guru tahun ini mengingatkan kita peri pentingnya peranan guru dalam membentuk Negara bangsa. Mereka bukan hanya berperanan mendidik dan mengajar anak-anak murid, malah guru-guru juga berperanan membentuk bangsa yang bersatu padu dan bangsa yang mampu memahami aspirasi negara ,Menjadi insan kamil, lebih kreatif, lebih enovatif, seterusnya membawa Malaysia kemercu lebih gemilang pada masa dapan.

Tentunya satu hari yang dikhususkan kepada para guru ini tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jasa bakti yang telah mereka curahkan sepanjang masa, sehingga kadang kala terpaksa mengorbankan kebahagiaan, kebajikan dan kepentingan diri sendiri kerana tuntutan tugas.

Ada waktunya guru lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan bersama anak murid dibandingkan dengan waktu mereka di rumah atau bermesra dengan anak dan kaum keluarga sendiri.

Inilah guru yang bagai lilin membakar diri, tetapi ada kalanya khidmat mereka bagai tidak dihargai. Tunjuk ajar dan bimbingan mereka kepada anak-anak bangsa ada kalanya dibalas dengan maki hamun, kekasaran fizikal malah sehingga dibawa ke mahkamah.

Seringkali ibu bapa tidak puas hati jika anak dimarahi atau didenda oleh guru, lantas mengambil tindakan melulu tanpa cuba mencari atau memahami punca kenapa ia berlaku.

Sebarang tindakan atau teguran guru tentulah ada sebabnya. Justeru ibu bapa tidak harus mudah melatah menyalahkan guru tanpa menyelidiki adakah anak-anak mereka baik tingkah laku, patuh pada guru dan peraturan sekolah. Anggapan mereka anak mereka sahaja yang betul.

Seharusnya mereka yang berkelakuan seperti ini hendaklah bertanya kepada diri sendiri adakah mereka telah memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dan menyemai akhlak mulia dalam diri anak-anak? Harus diingat anak-anak lebih lama berada bersama mereka di rumah dibandingkan dengan waktu mereka di sekolah bersama guru.

Guru pula mempunyai tanggungjawab mengawasi ratusan pelajar. Perhatian mereka tidak boleh tertumpu kepada individu tertentu sahaja.

Tidak dinafikan ada kalanya guru keterlaluan cara terhadap anak murid. Namun kes terpencil ini tidak seharusnya dijadikan andaian umum sehingga menenggelamkan nama baik keseluruhan guru lain yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

Malah selalunya sikap keterlaluan guru ini banyak didorong oleh sikap pelajar sendiri. Misalnya tidak membuat kerja rumah, melanggar disiplin, merosakkan harta benda dan sebagainya. Adakah salah jika guru memberi nasihat atau peringatan dan mengenakan hukuman yang menasabah kepada murid atau pelajar yang bersikap sedemikian?

Majlis sambutan hari guru yang kita adakan pada hari ini bukanlah tujuan nya untuk berpesta, bukan juga untuk memberikan sanjungan dan pujian kepada guru-guru yang telah berjaya diperingkat tertentu atau kategori yang dipertandingkan, tetapi seharusnya dijadikan medan untuk muhasabah diri setakat mana kita telah menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang telah diamanahkan oleh Allah dan Rasul kepada kita sebagai da'e dan murabbi. Disamping kita berbangga atas kejayaan anak didik kita. Janganlah kita lupa bahawa ada disebalik itu anak didik kita yang masih tercicir mungkin akibat kealpaan dan kecuaian kita.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekelian

Sesungguhnya sempena dengan hari guru yang disambut saban tahun, sewajarnya ia menimbulkan satu rangsangan untuk kita lebih berdaya saing memandangkan banyak penghargaan dan anugerah disampaikan. Sudah sepatutnya kita berlumba-lumba untuk mencapai ke tahap anugerah tersebut, kerana anugerah yang di berikan bererti kejayaan kepada diri khususnya kepada pelajar, sekolah dan masyarakat .

Harapan yang tinggi yang disandarkan oleh masyarakat kepada warga guru perlu digalas dengan rasa penuh keikhlasan dan tanggungjawab . Guru seharusnya bijak dalam membentuk dan menyemai nilai-nilai murni sejagat dengan mengekalkan jati diri .Guru perlu memupuk dan menyuburkan budaya ilmu dikalangan anak-anak didik agar tradisi kecemerlangan ilmu dapat dihayati dan dihargai oleh masyarakat.

Sempena dengan Sambutan Hari Guru Agama peringkat Daerah kota Tinggi yang di sambut pada hari ini, marilah kita sama-sama menguatkan azam, mempertingkatkan usaha dan berjuang dibarisan hadapan memastikan anak didik kita sentiasa memperolehi ilmu-ilmu Allah dan beroleh hasanah didunia dan hasanah diakhirat.

Sesungguhnya jasa dan bakti guru tidak ternilai. Pengorbanannya tetap akan dikenang sepanjang zaman. Semuga usaha yang kita lakukan menjadi suatu jihad yang diterima Allah.Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang turut sama menjayakan majlis ini .
.
Akhir nya kami bagi pihak jawatankuasa sambutan hari guru pada tahun ini memohon ribuan kemaafan atas kekurangan dan kesilapan dalam majlis ini, samada disengajakan atau tidak, semua pihak yang menghulurkan derma ikhlas untuk persiapan jamuan dan sebagainya, semua pihak yang yang mendermakan wang ringgit dan tenaga, samada secara langsung atau tidak langsung sehingga majlis ini dapat berjalan dengan selamat dan jayanya khususnya kepada Yang Amat dihormati Tengku Mona dan keluarganya atas sumbangan yang diberikan .Semuga Allah membalasnya dengan berlipat kali ganda, Insya Allah. Selamat hari guru

Akhir kata diucapkan wabillah hittaufiq wal hidayah.

Hj.Alias bin Haron
Pemangku Pengerusi Majlis Guru-Guru Agama
Daerah Kota Tinggi,Johor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan