SALAM 1 MALAYSIA.....KEARAH SAMPAH SIFAR…MURID DILARANG MEMBAWA JAJAN / MAKANAN RINGAN KESEKOLAH

27 April 2009

VISI DAN MISI

MISI DAN VISI JABATAN AGAMA JOHOR

VISI:
" ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP "

MISI:
" MENJADIKAN SEKOLAH AGAMA TAMAN SAYONG PINANG, KOTA TINGGI, JOHOR SEBAGAI SATU AGENSI SOSIAL TERUNGGUL MELALUI USAHA DARI AKTIVITI YANG BERTERUSAN SERTA MENYELURUH DALAM PEMBENTUKAN INDIVIDU YANG SENTIASA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM SELURUHNYA BAGI MELAHIRKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG BERKETRAMPILAN, HARMONI, DINAMIK, CERGAS, CERDAS, BERDAYA SAING, BERSATUPADU, BERAKHLAK MULIA DAN MEMILIKI JATIDIRI UNGGUL SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA KESEJAHTERAAN UMMAH DAN NEGARA".

-------------------------------
(BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR)

VISI:
Menyediakan Sistem Pendidikan Islam
Dan Menguruskan Dengan Sempurna Untuk
Melahirkan Generasi Muslim Yang Saleh
Serta Mengamalkan Islam Sebagai
Satu Cara Hidup

MISI:
Menguruskan Penyampaian Ilmu Pengetahuan
Pendidikan Islam Secara Sistematik.
Mewujudkan Progran-Program Pendidikan Islam Yang
Terancang dan Berkesan.
Menyediakan Para Pendidik Yang Berkelayakan,
Berkemahiran Dan Berwibawa.
Menyediakan Prasarana Pendidikan Yang Sempurna.
Memastikan Pengurusan Kemahiran Membaca
Al-Quran,Penulisan Jawi Dan Pengamalan
Ajaran Islam Dalam Jiwa Murid-Murid.
<><><><><><><><><><>
MOTTO SEKOLAH:
Ilmu Pelita Hidup

VISI SEKOLAH:
Melahirkan insan yang seimbang intlek,rohani dan jasmani berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

MISI SEKOLAH:
Membina dan membentuk generasi berilmu,beramal soleh dan berperibadi mulia kearah kecemerlangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

OBJEKTIF SEKOLAH:
Meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.
Sentiasa memburu kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan.
Mempunyai daya saing dan ketahanan diri diperingkat glokal.






Perkembangan Pendidikan Agama Johor


Kerajaan Negeri Johor terbabit secara langsung dalam sistem pendidikan agama sejak 1895 lagi apabila Sultan Abu Bakar mewujudkan perlembagaan bertulis bagi negeri ini. Sejak daripada tarikh itu, Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar terus menunjukkan keprihatinan yang mendalam berhubung pendidikan agama. Hasil keprihatinan ini, masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar sehinggalah amalan menghantar anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Johor.
Apa yang membezakan sekolah-sekolah agama di Johor dengan negeri-negeri lain ialah Kerajaan Negeri Johor sejak awal lagi telah secara agresif mengambil alih sekolah-sekolah ini, manakala di negeri lain sekolah agama dibiarkan berkembang dengan sendiri. Sekolah-sekolah agama persendirian ini ternyata kemudiannya mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam sistem politik dan sosial di negeri-negeri berkenaan.
Justeru, hasil kepemimpinan bijak negeri Johor membolehkan pendidikan agama di negeri Johor sehingga hari ini dapat diselaraskan dengan teratur. Penyelarasan sistem pendidikan agama di negeri Johor sehingga hari ini memberi impak yang cukup besar terhadap kesatuan dan perpaduan umat Islam di negeri Johor.
Apabila anak-anak Johor menerima sistem pendidikan agama yang seragam, maka secara keseluruhannya pembentukan minda dan pemikiran mengenai bagaimana agama itu wajar dibangunkan turut mempunyai kesatuan cita-cita yang serupa.
Oleh itu, banyak negeri-negeri lain yang tertarik untuk melaksanakan sistem pendidikan agama mereka sebagaimana yang diwujudkan di negeri Johor.
Berdasarkan pandangan pelbagai pihak mengenai sistem pendidikan agama negeri Johor, jelas kepemimpinan negeri Johor sehingga hari ini berjaya mengekalkan satu sistem pendidikan agama yang lengkap. Kepemimpinan negeri hari ini bukan sekadar berjaya mengekalkan sistem pendidikan agama sedia ada, malah telah menggunakan peruntukan yang banyak bagi mempertingkat kualitinya serta memastikan anak-anak orang Islam di Johor terus mendapat pendidikan yang terbaik dalam usaha mewujudkan sebuah negeri makmur yang memperolehi keredhaan dan keampunan Allah SWT.
Pendidikan Agama adalah salah satu khazanah keunikan negeri Johor yang diwarisi sejak turun temurun dan masih dipertahankan sehingga ke hari ini. Warisan ini masih diteruskan dan perkembangkan dari semasa ke semasa dari pelbagai aspek mengikuti keperluan wawasan negara. Kini, negeri Johor memiliki sistem pendidikan agama tersendiri yang berkesinambungan serta mempunyai arah tuju tersendiri apabila ia dimulakan daripada peringkat Tadika Agama Johor, Sekolah Agama, Sekolah Menengah Agama, dan juga Institusi Pengajian Tinggi Agama Johor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan